INSTITUT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (InED)
Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Dwelling 3, INTEKMA Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor.
03-55225444/5584
HOME
SEMAKAN
ADMIN
SISTEM PERMOHONAN PROGRAM MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA (MDAB)
Program Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ) & Program Pengajian Luar Kampus (PPLK)
No. KP *890102016677
Semakan untuk kemasukan Mei 2013 - Okt 2013 belum dibuka.
Kemaskini Permohonan
TERUSKAN
IKLAN DAN SYARAT PROGRAM MDAB
Klik pada gambar untuk besarkan.
PANDUAN PERMOHONAN:
Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) Institut Perkembangan Pendidikan mempelawa Bumiputera yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk memohon pengecualian Yuran Pengajian bagi melanjutkan pengajian menerusi mod fleksibel iaitu secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau Pengajian Luar Kampus (PLK) di peringkat Sarjana Muda.
Pelawaan ini adalah dibuka untuk kemasukan Sarjana/Sarjana Muda sesi Mac 2012 sahaja. Sila semak syarat kelayakan sebelum mengisi borang permohonan.
Usaha ini adalah satu bentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility -CSR) Universiti Teknologi MARA bagi memberi ruang kepada lebih ramai golongan Bumiputera yang bekerja untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
Borang permohonan program MDAB dan borang permohonan kemasukan ke program ePJJ atau PLK UiTM hendaklah
diisi dan dihantar secara berasingan
.
Permohonan bagi program MDAB ini adalah percuma manakala permohonan kemasukan ke UiTM dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM 12.00.
Sistem permohonan kemasukan ke program ePJJ & PLK boleh diakses di laman web
http://online.uitm.edu.my/ined
Masukkan maklumat yang diperlukan pada ruangan di atas untuk memohon. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
Cetak borang permohonan dan hantar bersama dokumen sokongan (rujuk Senarai Semak yang dilampirkan bersama borang permohonan) yang telah disahkan ke alamat yang tertera di dalam iklan program MDAB.
Hanya pelajar yang ditawarkan tempat pengajian di UiTM secara Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ) dan Pengajian Luar Kampus (PLK) sahaja akan dipertimbangkan untuk program Mengubah Destini Anak Bangsa ini.
Tarikh akhir penerimaan borang permohonan MDAB (hardcopy beserta dokumen sokongan) adalah pada
23 Disember 2011 (Jumaat)
. Permohonan lewat daripada tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Sebarang pertanyaan berhubung syarat dan maklumat lanjut berkaitan program MDAB, sila hubungi
03-55225444/5584
.
Bagi masalah teknikal berkaitan sistem permohonan, hubungi bahagian ICT InED di talian
03-55225305
.