Sila klik pada gambar untuk melihat iklan dengan resolusi yang lebih besar
PANDUAN PERMOHONAN
Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) Institut Pendidikan Neo (iNED) mempelawa Bumiputera yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk memohon pengecualian Yuran Pengajian bagi melanjutkan pengajian menerusi mod fleksibel iaitu secara Pendidikan Jarak Jauh (e-PJJ) atau Pengajian Luar Kampus (PLK) di peringkat Sarjana Muda atau Pra Diploma/Diploma.
Pelawaan ini adalah dibuka untuk kemasukan Pra Diploma/Diploma sesi Mei 2013 - Okt 2013 dan Sarjana Muda sesi September 2013 - Januari 2014 sahaja. Sila semak syarat kelayakan sebelum mengisi borang permohonan.
Usaha ini adalah satu bentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) Universiti Teknologi MARA bagi memberi ruang kepada lebih ramai golongan Bumiputera yang bekerja untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
Borang permohonan program MDAB dan borang permohonan kemasukan ke program e-PJJ/PLK UiTM hendaklah diisi dan dihantar secara berasingan..
Permohonan bagi program MDAB ini adalah percuma manakala permohonan kemasukan ke UiTM dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak RM 12.00.
Masukkan maklumat yang diperlukan pada ruangan di atas untuk memohon. Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
Cetak borang permohonan dan hantar bersama dokumen sokongan (rujuk Senarai Semak yang dilampirkan bersama borang permohonan) yang telah disahkan ke alamat yang tertera di dalam iklan program MDAB.
Hanya pelajar yang ditawarkan tempat pengajian di UiTM secara Pendidikan Jarak Jauh (e-PJJ) sahaja akan dipertimbangkan untuk program Mengubah Destini Anak Bangsa ini.
Tarikh akhir penerimaan borang permohonan MDAB (hardcopy berserta dokumen sokongan) adalah pada 31 Mei 2013 bagi permohonan peringkat Sarjana Muda manakala 3 Mac 2013 bagi permohonan Pra/Diploma (Tertakluk kepada pindaan UiTM). Permohonan lewat daripada tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
Sebarang pertanyaan berhubung syarat dan maklumat lanjut berkaitan program MDAB, sila hubungi 03-55225291.
Bagi masalah teknikal berkaitan sistem permohonan, hubungi Unit ICT InED di talian 03-55225342.